malam ini, aku duduk sendirian di suatu sudut umpama sebatang pokok yang kian layu.
aku mendongak ke atas mengamati keindahan lautan bintang di langit malam.
kerdipan bintang membuat ku terpesona dan kagum pada ciptaanNya.
entah mengapa aku berasa sunyi pada tika ini.
keseorangan bertemankan nyanyian cengkerik.
cahaya bulan purnama pula seolah-olah telah memantulkan satu kenangan indah kepada diriku.
dingin malam yang membelai tubuhku mencetuskan rasa rindu yang teramat terhadap dirinya.
kemana hendak kutujukan rasa rindu ini?? rasa rindu buat insan yang bernama kekasih..
satu demi satu persoalan muncul di dalamm benak otakku..
mengapa dia menyepi?? mengapa dia membisu?? apa salah ku?? di mana silap ku??
kotak fikirku letih.. lelah.. umpama berlari dan terus berlari mengejar satu kepastian yang tiada jawabannya. mengapa begitu sukar aku melupakan kau???
otakku ligat memutarkan episod indah kita berdua..
aku teringat satu malam ketika kita bersama-sama didalam mobil oren yang meluncur membelah angin yang dingin seperti yang selalu aku teringin. kotak masa telah mengurung kita di atas jalan tar,
tanpa aku sedar masa terus berputar. malam itu kau melihat tepat ke dasar mataku.
aku menjadi lemah tidak berdaya melawan renungan itu.
kau melafazkan kata-kata yang tidak pernah aku fikirkan... mimpikan..dambakan... kata cinta yang meruntun jiwa, mahu saja aku menjerit! memekik! bahawa dirimu telah ku miliki. hatimu dan hatiku telah sebati. perasaan yang tidak pernah aku duga kini telah ku rasai.
adakah ini yang dinamakan cinta??!!
satu persatu kuntuman kenangan indah mekar bercambah.. sesekali aku terasa seperti insan paling bahagia di alam semsesta. TETAPI, ayat "cliche" yang berbunyi kehidupan kita ini umpama roda adalah benar.. kadang kita di atas penuh bahagia, kadang kita di bawah rasa gelisah. kebahagian yang aku nikmati, mati. air mata mengalir tanpa henti. deras mengalir menjadi lautan sepi yang aku sendiri lemas di dalamnya. hatiku seperti direntap! dirobek! dicarik-carik!tiada hargakah aku? tiada perasaankan aku?
sehingga kau tegar berbuat begitu?? aku sedar.. aku hanyalah hambaNya.. insan kerdil yang tidak berkuasa.. aku redha aku pasrah. kerana aku yakin, pelangi yang indah itu tidak akann muncul tanpa hujan yang membasahi bumi...
*sekian untuk kali ini.. ade bakat jadi novalis x??? huhuhuhu